Thursday, 6 June 2013

rph pendidikan seni visual





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1
  RPH

BIDANG:MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
 
1


TAJUK :ORIGAMI BURUNG

Matapelajaran   : Pendidikan Seni Visual
Kelas/ Tahap     : 4 Gigih / Tahap 2
Tarikh               :  25 Mac 2011 (Jumaat)
Masa                :  10.20 – 11.20 pagi (1 jam)
Bil. Murid          :  39 orang
Bidang  Kegiatan:   Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk                :  Origami (Burung)

Hasil Pembelajaran :  ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV)


Aras 2
1.    Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik berbeza dalam penghasilan

Aras 3
1.    Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif.

Objektif   : Pada akhir pengajaran murid dapat:

  1. Memahami konsep origami.
  2. Menggunting dan melipat kertas dengan betul untuk menghasilkan origami burung.
  3. Menghasilkan origami bentuk burung secara kreatif.
  4. Melukis dan mewarna origami tersebut dengan kemas dan teliti.
  5. Menghias origami burung mengikut kreativiti masing-masing.

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Murid pernah melihat origami di sekolah, kedai-kedai, buku atau di televisyen.
2. Murid pernah melukis, menggunting dan mewarna

Nilai Murni : Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasan

Alat    : Pembaris, gunting,

Bahan : pensel warna, pensel, pen magik, kertas warna

Kemahiran Berfikir :  Kemahiran belajar, pemudahcara

Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Kontekstual, Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh origami hasil kerja guru, Video langkah-
langkah membuat origami















Langkah Pengajaran/Masa
Perkembangan Isi pelajaran
Aktiviti P&P
Strategi/Gambarajah
/Nilai/ Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·   Guru menayang video dan memperdengarkan lagu ‘Burung Kakak Tua’ kepada murid-murid


·         Guru mengarahkan murid menyanyi bersama-sama
Murid mendengar dan menyanyikan lagu ’Burung Kakak Tua ’ beramai- ramai.
Kecerdasan Pelbagai- Muzik dan linguistik
Lagu ’Burung Kakak Tua’
Nilai - Kerjasama
Langkah 1
(10 minit)
Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu membuat origami burung.

Menyoal murid-murid tentang origami.

Soalan :
1. Apa itu Origami?
2. Pernahkah mereka melihat kertas yang berlipat-lipat dan akhirnya menjadi bentuk tertentu?

Guru menerangkan definisi origami kepada murid-murid.

Definisi :
”Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain ataupun kertas yang dapat menghasilkan sesuatu bentuk atau objek.”

Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.



Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jawapan yang mereka tahu.

Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru  mengenai definisi origami

Sekali – sekala murid bersoal jawab.
Strategi:
Kontektual



Kecerdasan Pelbagai – Verbal Linguistik



ABM maujud (origami yang telah siap dihasilkan)
Langkah 2
( 5 minit)
Guru menunjukkan contoh-contoh origami.






Guru menerangkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan.
1)    Kertas Warna
2)    Pensil Warna
3)    Pen magik
4)    Gunting


Murid – murid melihat dengan penuh minat.


Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Murid mengambil  alat dan bahan dari guru.
Strategi:
Koperatif
Konstruktivisme
Langkah 3
(10 minit)
Guru menunjukkan video demonstrasi cara menghasilkan origami bentuk burung.


Menunjukkan cara melipat kertas dengan betul kepada murid-murid.
Langkah-langkah:
1)  Lipatkan hujung kertas menjadi 2 bahagian hingga membentuk garis tengah.  

2)    Lipat sisi kiri dan kanan ke arah garis tengah.(rajah 1)

3) Terbalikkan kertas. Lipat bucu atas ke bawah. (rajah 2)

4)    Terbalikkan kertas sekali lagi dan lipat sudut kiri dan kanan atas kearah tengah.  (rajah 3)

5)    Buka kedua sisi lipatan kemudian lipat ke arah dalam membentuk kantung segitiga mengikuti garisan bekas lipatan.
(rajah 4)

6)    Lipat sisi kanan dan kiri ke arah bawah.  (rajah 5)

7)    Lipat ke garisan sisi dalam kedua-dua sisi lipatan. Lipat hujung bucu kearah dalam membentuk lekuk untuk dijadikan kepala.
8)    Bahagian ekor boleh dibuat dengan mengguntingkan sebahagian kertas.(rajah 6). Lipat bahagian ekornya keluar.



9)    Bahagian kepala juga boleh diguntingkan sedikit untuk menghasilkan bulu leher.(rajah 7)

10) Lipat kedua sudut bahagian bawah ke arah dalam untuk membentuk kaki.
11) Hias origami mengikut kreativiti masing-masing


Murid melihat aktiviti melipat kertas seperti yang ditunjukkan oleh guru.




Kecerdasan Pelbagai – Intrapersonal - Ruang

Nilai: tekun, berhati-hati


























Langkah 4
(15 minit)
Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti gerak kerja seperti yang telah ditunjukkan.

Guru membimbing dan memantau murid-murid di dalam kelas semasa aktiviti gerak kerja dijalankan.
Murid melakukan gerak kerja yang diberikan.

Murid mula membuat lipatan untuk menghasilkan origami bentuk burung.


Pembelajaran Akses Kendiri –
Bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan
Langkah 5
(10 minit)
Guru menunjukkan cara-cara menghias origami burung.

Guru mengarahkan murid memperkemaskan hasil lipatan origami burung dan membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing.
Murid mula mewarnakan bahagian-bahagian tertentu pada burung.

Murid menghias origami mengikut kreativiti mereka yang tersendiri.
Kecerdasan Pelbagai – Intrapersonal - Visual
Penutup
(5 minit)
Penilaian Hasil Pembelajaran :
Apresiasi dan refleksi :

Guru mengambil beberapa hasil karya murid untuk dipamerkan.

Guru meminta beberapa orang murid untuk membuat sesi apresiasi dengan memberikan komen terhadap hasil karya rakan-rakan yang lain.

Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid.

1.Adakah kamu sudah faham apa itu origami?

2.Bagaimanakah perasaan kamu sepanjang menghasilkan origami bentuk burung?

Memberi pujian kerana murid dapat memahami tajuk hari ini.


Membuat sesi refleksi dan membuat penilaian objektif pengajaran pada hari ini.
Murid memberikan kerjasama kepada guru dengan memberikan hasil kerja mereka untuk dijadikan contoh dalam sesi apresiasi.

Murid memberikan komen terhadap origami yang dihasilkan oleh rakan-rakan mereka.





Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jenis jawapan.



Murid dapat menghargai tentang ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi.

Kecerdasan Pelbagai












kemahiran interpersonal dan intrapersonal– Linguistik














2
RPH
BIDANG:MENGGAMBAR

 



TAJUK :MOZEK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN                                    :           Pendidikan Seni Visual

TAHUN                                              :           4 Jujur

TARIKH                                             :           14. 7. 2011

BIDANG                                            :           Menggambar

AKTIVITI                                          :           Mozek

TAJUK                                                     :     Rumah saya

MASA                                                            :           9:50am – 10:50am (60 Minit)

OBJEKTIF P&P                                 :           Pada akhir pembelajaran murid dapat :-
1.                  Memilih bahan, bentuk dan warna mozek yang sesuai untuk menghasilkan mozek rumah saya.
2.                  Membuat gambar rumah saya dengan teknik mozek dengan betul.
3.                  Menghargai hasil kerja yang telah dilakukan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.        Murid telah biasa melihat rumah saya dalam media cetak dan elektronik.
2.        Murid telah mempelajari teknik mozek.
3.        Murid telah mempelajari kemahiran membentuk,menampal, menyusun dan memadankan warna.

PENERAPAN NILAI :
1.        Menghargai makhluk ciptaan Tuhan.
2.        Kekemasan dan ketekunan dalam mengaplikasikan unsur seni.
3.        Berfikir secara kritis dan kreatif.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF :
1.        Dapat membentuk, menyusun dan menampal dengan kemas.
2.        Dapat menggunakan pelbagai warna dan bentuk mozek untuk menghasilkan kapal laut.

ALAT BANTU MENGAJAR: Kertas lukisan, pensel, kertas pelbagai warna, gam dan gunting.

ALAT BANTU MENGAJAR :
1.        Gambar rumah  dalam power point
2.        Carta langkah menghasilkan kapal laut menggunakan teknik mozek.
3.        Hasil gambar kapal laut menggunakan teknik mozek dan pelbagai produk lain. 



LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P & P
CATATAN/ STRATEGI PEMBELAJARAN
Set Induksi
( 5 minit )
9:30am– 9:35am
Membuat rangsangan pelajaran

Menarik minat pelajar

Memberi tumpuan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru menunjukkan gambar pelbagai rumah l melalui power point.- pengangkautan air.
Guru bertanya kepada murid :
1.        Pernah melihat gambar ini? Dimana?
2.        Apa yang kamu nampak menerusi gambar ini?
3.        Apa kegunaan rumah  kepada manusia?
4.        Boleh kamu terangkan apakah ciri-cirinya
C  Teori kontekstual

BBM
J  Gambar rumah dalam power point
Langkah 1
Demonstrasi
( 10minit )
9:35am– 9:45am
Memperkenalkan teknik mozek sebagai tajuk pelajaran pada hari ini.

Memberi kefahaman kepada murid tentang teknik mozek yang betul.

Menentukan gambar lakaran bagi sebuah rumah
ciri:
C  Badan
C  bumbung rumah  
C  Tingkap dan pintu
Guru menunjukkan hasil menggambar rumah menggunakan teknik mozek kepada murid.

Guru menunjukkan keperluan asas menggambar rumah menggunakan teknik mozek.

Guru menerangkan cara membuat lakaran rumah mestilah:
     Mudah
     Besar
     Ringkas

Murid memahami langkah 1.
TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar

ABM

BBM
J  Gambar rumah menggunakan teknik mozek.



J  Carta langkah menggambar rumah dengan menggunakan teknik mozek dalam power point

Langkah 2
( 10 minit )
9:45am– 9:55am
Memberi kefahaman kepada murid tentang cara memotong kertas warna sebaiknya 1cm x 1cm.

Guru menunjukkan langkah 2.
Murid memahami cara memotong kertas warna.
TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang
C  Teori belajar cara belajar

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar

BBM
J  Carta langkah menggambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek dalam power point.

   
Langkah 3
( 10 minit )
9:55am– 10:05am
Memberi kefahaman kepada murid tentang menampal pemandangan dengan teknik mozek yang betul.
Guru menunjukkan langkah 3.
Murid memahami cara menampal dan menyusun kertas warna pada pemandangan atas seperti awan.
Teori konstruktivisme

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar





BBM
J  Carta langkah menggambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek dalam power point.



ngkah 4
( 15minit )
10:05am– 10:20am
Mengaplikasikan prinsip – prinsip menggambar menggunakan teknik mozek untuk menghasilkan rumah

Guru menunjukkan langkah 4 dan 5.

Guru menekankan dalam urusan kerja menghalus dan kesesuaian warna.

Murid dapat menghasilkan gambar rumah menggunakan teknik mozek.
Teori pembelajaran masteri

NILAI
C  Sabar
C  Prihatin
C  Bersungguh – sungguh

BBM



CONTOH
Ï  Hasil menggambar rumah menggunakan teknik mozek.


Penilaian kemuncak
( 5 minit )
10:20am–10:25am
Guru mengambil sampel secara rawak

Guru meminta murid membuat kritikan

Penambahbaikan dan pemulihan
Guru bertanyakan murid :
1.        Cantik atau gambar kapal laut ini?
2.        Apakah yang komen anda tentang hasil ini?
3.        Bagaimanakah untuk menjadikan gambar kapal laut ini lebih menarik dan cantik?
Teori kecergasan pelbagai

NILAI
C  Jujur
C  Prihatin
C  Bersungguh - sungguh
Penutup
( 5 minit )
10:25am –10:30am
Merumus kerja menggunakan teknik mozek menggambar kapal laut.
1.        Gambar lakaran
2.        Kesan mozek dan susunannya
3.        Kemasan
Apakah yang anda perolehi daripada kerja menghasilkan gambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek tadi?
C  Sila beri komen anda dari segi kekuatan dan kelemahan dalam kerja anda.
TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang


3
RPH
MEMBUAT CORAK
DAN REKAAN
 


.

TAJUK : BUNGA-BUNGAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh                                  :    12 April 2012                                                                                        
Waktu                                 :     12.05 – 1.05 tengah hari
Hari                                     :     Khamis
Mata Pelajaran                   :    Pendidikan Seni Visual
Bilangan murid                    :    18 orang
Kelas                                       :     5 Murni
Bidang:                             :     Membuat corak dan rekaan
Tajuk                                 :   Corak Bunga –Bungaan  (dengan Bendi  dan Daun)  Pengalaman Sedia ada       :     Pernah menggunakan warna air dan pernah membuat corak
Objektif                               :     
  1.       Murid boleh melukiskan corak yang menarik  menggunakan warna asas
  2.        Murid mengenal warna-warna asas
  3.       Murid boleh menyebutkan warna-warna asas
  4.   Murid boleh membanding beza antara warna asas dan warna kedua campuran

Penerapan nilai murni         :   Berhati-hati , prihatin,  bekerjasama  dan bertanggungjawab
BBM                                    :   Contoh-contoh corak
.



Perkara
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan

Set induksi
(3 minit)

Warna Asas

Guru meminta murid menyebutkan warna-warna asas.

Murid menyebutkan warna-warna asas

Nilai

Prihatin

Perkembangan
Langkah 1
( 5 minit)



Mengenal jenis-jenis warna  


Guru menerangkan    
  jenis-jenis warna

-warna asas

-Warna kedua.
  (Warna campuran)

Murid mendengar penerangan dari guru mengenai jenis-jenis warna




Tanggungjawab



Langkah 2
( 5 minit)



Contoh-contoh   corak

Guru menunjukkan beberapa contoh corak yang menggunakan warna asas

Murid melihat bagaimana untuk menyusun motif
menjadi corak yang menarik menggunakan warna asas


Langkah 3
Membuat corak yang menarik
(15 minit)



Melukiskan corak
Dengan menggunakan daun dan bendi

Guru membimbing  murid melukis corak

Murid melukiskan corak yang menarik mengikut kreativiti masing-masing

Illustrasi

Langkah 4
Mewarnakan corak
( 30 minit)

Mewarna corak menggunakan warna asas

Guru memantau cara mewarna murid

Murid  belajar menggunakan warna air

Bekerjsasama dan berhati-hati dan bertolak ansur

Penutup
Penilaian
(2 minit)

Mempamerkan hasil kerja.

Guru memberi komen membina terhadap  hasil kerja murid

Murid mendengar komen guru dan menilai hasil kerja kawan-kawan.



4
RPH
MENGENAL  KRAFTANGAN
 


.

TAJUK : ANYAMAN TIKAR
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Tajuk: Mengenal Kraf Tardisional
Sub Tajuk: Menghasilkan Anyaman Tikar
Tarikh: 20 Mac 2013
Masa: 10.30 ± 11.30 pagi (60 Minit)
Tahun: 6 Hijau
Bilangan Murid: 25 orang
Objektif Pengajaran: Kognitif  

: 1) Mengenal kraftangan tradisional Melayu.
2) Meningkatkan daya kreativiti dalam penghasilan anyaman.

Afektif
: 1) Menghargai hasil seni kraftangan tradisional
2) Bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Hasil Pembelajaran
: Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1) Menghasilkan Anyaman Tikar dengan kaedah dan teknik yang betul.
2) Murid berasa gembira dan seronok dengan hasil kerja yang telah dijalankan melalui aktiviti seni,muzik dan pendidikan jasmani.
















BAHAGIAN
AKTIVTI
FOKOS PEMBELAJARAN
KETERANGAN
STRATEGI DANP&P/ ABM
Set induksi
5minit
Pengenalan
kepada
Anyaman

Apa itu anyaman?
Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh anyaman dari    tikar mengkuang
1Guru memulakan pelajaran denganmenyanyi lagu rakyat bersama murid-murid sambil membuat pergerakan tubuh badan dengan irama muzik.

(Lengang  -Lengang Kangkung).

2 Guru memberi penerangan ringkasakan asal-usul mengkuang dan mengaitkan dengan lagu rakyat.
  
3Guru menerapkan nilai cintakan dan pelihara alam sekitar kepada murid
Tikar Mengkuang

Penerapan nilai- cintakan kraftangan melayu lama dan hargai alam sekitar.




Pengabungjalinan
Matapelajaran:-

Pendidikan Jasmani, Seni dan Muzik






 


No comments:

Post a Comment