Friday, 21 June 2013
Thursday, 6 June 2013
AQIDAH ISLAMIYYAH
AQIDAH ISLAMIYYAH
1.0 Pendahuluan
Aqidah adalah perkara pokok yang utama dalam pembinaan sahsiah
seorang hamba abd agar mereka bekembang menjadi seorang hambanya yang patuh
pada Allah .Amat penting ia perlu disubur dengan ketaqwaan yang perlu dilakukan
dengan istiqamah dalam sesuatu amalan agar
ia dididik dengan satu cara
pentarbiyahan yang mantap.
Tarbiyah yang dilakukan mestilah bermula dari satu keazaman dan semangat yang berkobar –kobar serta
menjadikan keimanan yang tinggi yang memerlukan kesabaran dari seorang hamba yang mengharapkan redha allah .
Faedah mempelajari
Aqidah Islamiyah
Karena Aqidah Islamiyah bersumber dari Allah yang mutlak, maka kesempurnaannya tidak diragukan lagi. Berbeda dengan filsafat yang merupakan karya manusia, tentu banyak kelemahanya. Makanya seorang mu'min harus yakin kebenaran Aqidah Islamiyah sebagai poros dari segala pola laku dan tindakannya yang akan menjamin kebahagiannya dunia akherat. Dan merupakan keserasian antara ruh dan jasad, antara siang dan malam, antara bumi dan langit dan antara ibadah dan adat serta antara dunia dan akherat. Faedah yang akan diperoleh orang yang menguasai Aqidah Islamiyah adalah :
- Membebaskan dirinya dari ubudiyah / penghambaan kepada selain Allah, baik bentuknya kekuasaan, harta, pimpinan maupun lainnya.
- Membentuk peribadi yang seimbang yaitu selalu kepada Allah baik dalam keadaan suka maupun duka.
- Dia merasa aman dari berbagai macam rasa takut dan cemas. Takut kepada kurang rezeki, terhadap jiwa, harta, keluarga, dan seluruh manusia termasuk takut pada mati. Sehingga dia penuh tawakkal kepad Allah .
- Aqidah memberikan kekuatan kepada jiwa ,seperti kuatnya benteng sebuah pergunungan . Dia hanya berharap kepada Allah dan ridha terhadap segala ketentuan Allah.
- Aqidah Islamiyah adalah asas persaudaraan / ukhuwah dan persamaan. Tidak ada beza antara miskin dan kaya, antara pintar dan bodoh, tua muda .
2.0Definisi Aqidah
Definisi Aqidah Menurut Bahasa
Kata “aqidah” diambil
dari kata al-‘aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga
berarti pemantapan, penetapan, kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan.
Perjanjian dan
penegasan sumpah juga disebut ‘aqdu. Jual-beli pun disebut ‘aqdu, karena
ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan ‘aqdu (transaksi) yang
mengikat. Termasuk juga sebutan ‘aqdu untuk kedua ujung baju, karena
kedua-duanya saling terikat antara satu sama lain. Ianya juga termasuk sebutan ‘aqdu untuk
ikatan kain sarung, karana diikat dengan
kuat dan mantap.
Definisi Aqidah Menurut Istilah Umum
Istilah “aqidah”
di dalam istilah umum yang digunakan untuk menyebut keputusan fikiran yang mantap, benar mahupun yang salah.
Jika keputusan pikiran
yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti
keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang
disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nashrani bahwa Allah adalah
salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).
Istilah “aqidah”
juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan kuat serta keputusan tegas yang tidak boleh ddukuasai
oleh kebimbangan. Yaitu apa-apa yang
dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya
sebagai madzhab atau agama yang dianutinya, tanpa melihat benar atau tidaknya.
Aqidah Islam.
kepercayaan yang mantap kepada Allah, para
Malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhir, qadar yang baik
dan yang buruk, serta seluruh muatan Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah
Ash-Shahihah berupa pokok-pokok agama, perintah-perintah dan berita-beritanya,
serta apa saja yang disepakati oleh generasi Salafush Shalih (ijma’), dan kepatuhan
sepenuhnya kepada Allah Ta’ala dalam semua hal syariah termasuk dalam membuat
keputusan hukum, perintah, takdir, maupun syara’, serta ketundukan
kepada Rasulullah r dengan cara mematuhinya, menerima keputusan
hukumnya dan mengikutinya.
Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang
membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah
Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan
sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber
ini adalah sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi
sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi
rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti
yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:
“Kamu adalah
sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat
kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)
(Ali ‘Imran: 110)
Peranan
Tarbiyah Islamiyah.
Tarbiyah memainkan
peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan,
pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu
masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut.
Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan
pembangunan sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW sendiri
menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk
membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang
masalah yang timbul.
Titik Tolak
Tarbiyah Islamiyah.
Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan
bahawa asas dan titik tolak didikan Islam adalah iman.
Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul
ad-Dakwah’ menghuraikan dengan panjang lebar mengenai peraturan asas
pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas pembentukan masyarakat dalam
Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillah dan
tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya
ia mengetahui hakikat diri dan letak duduknya manusia itu
dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan,
memahami hubungan dan pimpinan akal fikiran
manusia, tindak lakunya dan segala aktivitinya
dihubungkan dengan Allah swt,” tulis beliau.
Sehubungan itu, Muhammad Shadid
dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah menyingkap kembali
sejarah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah
utusan Allah SWT. Baginda adalah contoh utama dan qudwah
hasanah serta pelaksana manhaj al-Quran. Baginda adalah pendakwah yang
amat faham tentang dakwahnya dan murabbi (pendidik) yang
dianugerahkan segala sifat sebagai murabbi. Baginda mengajak
sahabatnya dan orang ramai
beriman kepada Allah, menghubungkan mereka dengan al-Quran dan
memberi kefahaman bahawa al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT untuk
dilaksanakan. Arahan itu hanya akan diterima oleh hati yang beriman. Oleh itu,
menurut Said Hawa, pemusatan perlu diberi kepada proses pendidikan
untuk memastikan lahir titik tolak yang betul.
Tarbiyah
Imaniyah Dalam Semua Aspek.
Iman tidak boleh dipisahkan daripada
sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan
yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong
oleh iman kepada Allah SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan
itu dikira sebagai ‘ubudiyah (ibadah) kepada Allah
SWT.
Menurut Mustafa Masyhur,
ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah yang
baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat
kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang,
puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia
dalam hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah
ibadah
kepada Allah.
kepada Allah.
“Tidak
Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada
Aku.” (Al-Zariyat: 56)
Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.
Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.
Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba
dengan Penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada
syariat Allah SWT. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa
adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan
berkesan.
Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah
aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan Islam ialah
melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang
memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan
dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar: “...Ia
sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam
bentuk amalan.” Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya
orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan
RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan
jiwa mereka di jalan Allah.” (Al-Hujurat: 15)
Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang
subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan
menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya.
Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt
untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan
amalanmu.”
“Pada
hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka
yang balik kepada Allah dengan hati yang
(sejahtera).”
Tarbiyah Islamiyah berusaha menghi-dupkan
jiwa supaya tidak mati, memakmurkannya
supaya tidak binasa dan melembutkannya
supaya tidak keras kerana hati yang keras dan akal yang beku
merupakan satu kemungkaran yang perlu diminta
perlindungan Allah SWT daripadanya.
“Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”
“Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”
4.0 Ciri-Ciri Tarbiyah Rasulullah S.A.W..
Ciri-ciri dan sifat-sifat Tarbiyah Rasulullah
S.A.W. adalah ciri-ciri Islam itu sendiri kerana baginda membawa Deen Allah
S.W.T. serta mengajak masyarakat manusia kepada Deen itu (Islam). Antaranya:
a.
Rabbaniyyah.
Rabbaniyyah dari segi manhaj dan masdar
(sumber) disebut sebagai Manhaj Rabbani kerana sumbernya adalah wahyu Allah
S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W.. Ianya didatangkan oleh Allah S.W.T.
semata-mata Iradah (Kehendak)-Nya bukan atas desakan atau kehendak mana-mana
pihak samada individu, keluarga, kelompok masyarakat, parti atau bangsa.[5]
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Inilah kitab
yang Kami (Allah) turunkan kepadamu (Muhammad) agar kamu mengeluarkan manusia
dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Allah; kepada jalan Allah lagi Maha
Perkasa lagi Maha Terpuji.”
-Surah Ibrahim:
ayat 1.
Juga Rabbaniyyah dari segi haluan dan matlamat;
di mana matlamat utama pendidikan Islam ialah membentuk insan mu’min yang soleh
(bukan semata-mata good citizen
Allah S.W.T. mendidik Rasul-Nya melalui
wahyu-Nya dan Rasulullah S.A.W. mendidik para sahabat baginda berdiri di atas
asas-asas berikut, iaitu; ‘Aqidah Tauhid kepada Allah S.W.T., Ta’abbud
(pengabdian) kepada Allah S.W.T. dan syariat Allah S.W.T. yang bersifat kamil
dan syamil.
Allah S.W.T. tidak membiarkan manusia
membiarkan manusia tertanya-tanya tentang kehidupannya, kematiannya dan
hubungannya dengan alam dan manusia bahkan Allah S.W.T. mengutuskan Rasul-Nya
membawa petunjuk Allah S.W.T. wahyunya dan syariatnya kepada mereka
b.
Penekanan Dasar (‘Aqidah Tauhid).
Dalam usaha Rasulullah S.A.W. membina dan
mendidik ummah setelah menerima perintah Allah S.W.T., baginda memberi
penekanan dasar kepada ‘aqidah tauhid. Inilah sebenarnya titik tolak Tarbiyah
Islamiyyah iaitu Iman dan hal ini berlaku dalam generasi sahabat sehingga
pernah diriwayatkan kata-kata sahabat yang bermaksud
“Kami telah
didatangkan Iman sebelum al-Quran.”
Jika dilihat ayat-ayat al-Quran yang telah
diturunkan oleh Allah S.W.T. di tahap Makkah adalah menyentuh dan merawat
persoalan (qhadiyah) yang pertama, yang besar dan asasi bagi Deen Islam ini
iaitu persoalan (qadhiyyah) ‘aqidahHal ini berjalan dengan hikmah dan kehendak
Allah S.W.T. sejak hari pertama kerasulan baginda memulakan langkah-langkah
da’wahnya dengan mengajak manusia mengakui (Lailaha Illallah) dan
memperkenalkan kepada mereka siapa Allah S.W.T. serta memperhambakan mereka
hanya kepada Allah S.W.T. , tidak kepada yang lain.[11] Rasulullah S.A.W. tidak
bermula dengan lain-lain langkah melainkan menurut apa yang telah dikehendaki
oleh Allah S.W.T. melalui wahyunya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Rasulullah
S.A.W. tidak berucap mengikut kemahuan hawa nafsunya, ucapan itu tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya yang diajar kepadanya oleh Yang Maha
Kuat (Perkasa).”
-Surah an-Najm:
ayat 3-5.
Rasulullah S.A.W. tidak boleh menukar gantinya
atau merubahnya.[12]
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Katakanlah
tidak wajar bagiku mengganti menurut kemahuan diriku. Aku tidak mengikut melainkan
apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut azab di hari agung
sekiranya aku menderhakai Tuhanku (Allah S.W.T.).”
-Surah Yunus:
ayat 15.
Dari keterangan tersebut dapat difahami bahawa
penekanan dasar pada pengukuhan ‘Aqidah Tauhid dalam proses Tarbiyah yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu adalah satu ketentuan Allah S.W.T. bukan
ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.
5.0 Hubungan Aqidah
dan Tarbiyah
Apabila kita
mmepersoalkan tentang aqidah islamiyah kita perlu mengetahui akidah secara menyeluruh
diman ia ditakrifkan sebagai sesuatu yang mengikat. Pada keyakinan manusia adalah suatu
keyakinan yang mengikat hatinya dari segala keraguan. Aqidah menurut
terminologi syara' (agama) yaitu keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab,
Para Rasul, Hari Akhirat, dan keimanan kepada takdir Allah baik dan buruknya.
Ini disebut Rukun Iman.
Aqidah juga mempunyai dan hubungannya dengan
tarbiyah, semestinya kita harus fahami terlebih dahulu apa itu aqidah dalam
diri seorang hambanya .ialebih terikat dengan beberapa kriteria yang penting
seperti dalam pengabdian diri kepada allah yang memerlukan tiga perkara pokok utama iaitu iman amal dan taqwa. Dalam syariat Islam terdiri dua
pangkal utama.
Pertama : Aqidah yaitu keyakinan pada rukun iman itu, letaknya di hati dan
tidak ada kaitannya dengan cara-cara perbuatan (ibadah). Bahagian ini disebut pokok atau
asas.
Kedua : Perbuatan yaitu cara-cara amal atau
ibadah seperti sholat, puasa, zakat, dan seluruh bentuk ibadah disebut sebagai
cabang. Nilai perbuatan ini baik buruknya atau diterima atau tidaknya
bergantung yang pertama. Makanya syarat diterimanya ibadah itu ada dua,
pertama : Ikhlas karena Allah SWT yaitu
berdasarkan aqidah islamiyah yang benar. Kedua : Mengerjakan ibadahnya sesuai
dengan petunjuk Rasulullah SAW. Ini disebut amal sholeh. Ibadah yang memenuhi
satu syarat saja, umpamanya ikhlas saja tidak mengikuti petunjuk Rasulullah SAW
tertolak atau mengikuti Rasulullah SAW saja tapi tidak ikhlas, karena faktor
manusia, umpamanya, maka amal tersebut tertolak. Sampai benar-benar memenuhi
dua kriteria itu. Inilah makna yang terkandung dalam Al-Qur'an surah Al-Kahfi
110 yang artinya :
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia
mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam
beribadah kepada Tuhannya."
Keimanan
seseoang hamba membawa kepada amal iaitu perbuatan yang dilakukan
seperti amalan –amalan yang perlu dilakukan samaada ia wajib ataupun sunat.Ibadah
didirikan diatas asas keimanan yang kukuh akan melahirkan ketaqwaan kepada
allah. Kemanisan dalam melakuka
amal ibadah ini tidak dapat diukur dengan sesuatupun pancaindera melainkan dengan hati
yang ikhlas dan rasa kecintaaan kita
kepada allah.namun ia juga harus diimbangi dengan ilmu pengetahuan yang luas
dan rasa keiltizam yang tinggi dalam menghayati islam agar kita dapat
mengaplikasi ajaran dalam kehidupan kita secara syumul.
Sekiranya kita
menyusuri dan menghayati perkembangan
aqidah yang dibawa oleh rasulullahkita dapati pada masa Rasulullah SAW, aqidah bukan merupakan disiplin ilmu tersendiri
karena masalahnya sangat jelas dan tidak terjadi perbezaan pendapat dan salah
faham dikalangan pengikut rasulullah, kalaupun terjadi ianya sudah diterangkan secara langsung oleh beliau. Makanya kita boleh mendapatkan keterangan para sahabat yang
errtinya berbunyi
: "Kita
diberikan keimanan sebelum Al-Qur'an"
Kesan pentarbiyahan dalam diri seorang hamba menjadikannya
seorang hamba yang mempunya sifat-sifat yang baik dan memenuhi prinsip-prinsip
seorang hambanya yang baik dan mantap dalam pelbagai sudut.Antaranya ialah :
·
Mempunyai Hati
Yang bersih
Hati yang baik ialah hati yang bersih dari
sebarang celaan dan noda –noda hitam yang boleh merosakkannya .Imam Al-Ghazali
berkata hati yang tulus akan mendorong seseorang itu melakukan amal ibadah dengan sempurna.Iman alghazali pernah
mengatakan apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah cermin , tetapi
Apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah
pada wajah,tetapi apabila kamu hendak kata-kata tersebut menggambarkan betapa
keperabadian dan akhlaq mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
individu.sesungguhnya berakhlaq mulia dan amat dituntut dar sudut budaya ,
peradaban dan agama kita.amalan nilai-nilai murni ini dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani rohani dan intelek.
Baik buruk seseorang itu berpunca
daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:
“Ketahuilah di
dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik
ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka
rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”
Oleh itu membaiki dan merawat hati
daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan
daripada sebarang syirik dan sifat
yang tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur,
bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.
Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati
itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya,
sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat
akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang
disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.
·
Realiti Kehidupan Masyarakat Islam Kini dalam urusan
seharian.
Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu
manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun
perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini
atau kabur bagi mereka.
Umat Islam hari ini rata-rata sudah jauh tersimpang dari ajaran
rasulullah dimana ramai dikalangan mereka kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat
pilihan Nabi Muhammad s.aw, .mereka dalam
kehidupan seharian yang hilang jati diri
serta kekuatan dan menjadi terumbang-ambing seperti buih dilautan, dan tidak digeruni atau disegani lagi
seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hampir
seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu
seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan
makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai
Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih
air bah.”
Jadi ia memerlukan bimbingan yang mantap dari
seorang pemimpin yang bersifat seperti seorang rasulullah dimana asanya adalah keimanan
kepada Allah serta melaksanakan syariatnya dengan baik mengukut acuan yang
diterima dari ajaran kita selaras dengan
Al- Quran dan As-Sunnah.
Jikalau kita Meneliti sejarah
Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses
melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada
Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang
benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini
akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang
lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada
Allah semata-mata.
Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah
dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi kuat serta tidak gentar menghadapi
musuh –musuh islam. Ummah yang dianggotai oleh mereka yang
melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang
diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur
Rasulullah’.
Selagi ikrar ini tidak lahir dalam
bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai natijah proses
pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah muslimah dalam
pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh
setiap muslim yang telah bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah
dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya bagi Allah SWT. Kefahaman yang
jelas ini penting supaya amalan hidup setiap muslim adalah benar-benar
merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT. Dengan perkataan lain ikrar itu
menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan
praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan
dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. Allah
berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:
“Keputusan
hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk
memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah
berfirman yang bermaksud:
“Siapa
yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”
Berdasarkan kepada proses pembentukan dan
pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa
anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain
daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah
yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan
jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.
Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid
tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai suatu tingkat kekuatan
yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan masyarakat jahiliyah. Kekuatan
yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatan
syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis
kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau
sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.
Antara peranan tarbiyah yang perlu di ambil perhatian adalah :
§ Disiplin diri menjadikan mereka orang yang
amat menepati janji kepada Allah
Tepati janji adalah sifat orang mukmin yang sejati.Ia jauh dari
sifat seoorang munafik.ia memerlukan kesabaran dalam setiap amalan yang
dilakukan serta keazaman yang himmah tinggi dalam semua urusan kerana didorong
oleh aqidah yang mantap dan fikrah sebagai objektif yang utama dalam
melaksanakan semua amalan dalam diri.Oleh itu,
amat penting sesuatu fikrah perlu iterjemahkan dalam reality sebenar
yang didokong oleh pemimpin yang ikhlas berniat jujur dalam melaksanakan semua
urusan serta bersemangat juang dalam mempejuangkan amanah islam dalam dakwah
serta bersedia berkorban apa sahaja demi melaksanakannya.Fikrah Islamiyah
mempunyai beberapa factor penting iaitu :
Ø Tasawwur Fikrah yang jelas pada
pendokongnya
Ø Iman pendokong yang mantapterhadap
pandangan fikrah
Ø Kerjasama dan Bersatu padu diantara semua
kesatuan supaya menjadi kuat
Fikrah yang baik dan sahih memerlukan keperibadian islam yang unik
dan bertepatan dengan manhaj rabbaniah serta
melaksanakan haq dan mengelakkan dari unsure-unsur yang batil dan
merosakkannya.Aqidah Islam adalah aqidah persaudaran dimana tidak akan
berselihan pendapat melainkan dengan mempunnyai aqidah yang sama.
§ Jauhi hubbun duniawi,
Rasulullah adalah contoh orang yang terpuji yang zuhud dalam kehidupan
seharian .manusia agung yang mempunyai jiwa yang teragung dengan sifat-sifat
mahmudah tanpa sebarang celaan dalam dirinya amat sederhana dalam kehidupan
sehariannya.Seorang yang bersifat rendah diri walaupun beliau seorang pemimpin
tetapi amat kaya dengan akhlaq yang terpuji .Sifat –sifat yang ada pada Rasulullah
menjadikannya seorang yang terpuji .
Apabila Rasulullah mengatakah soal halal dan haram semua ini
diperakui oleh orang yang patuh dan taat setia serta menjauhi larangannya.
Rasulullah pendamping sahabat yang jauh dalam sudut hatinya
mengakui kebesaran Allah yang
menciptakan manusia agung ini yang memikul tugas dan amanah yang amat penting
keseluruh alam.beliaulah kekasih allah.Kasih sayang allah terhadap Rasulullah
tiada batasan dan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah pasti akan
merasai kecintaan kepada Allah dalam melaksanakan tugas dan amanah fisabilillah
di iatas dipikul muka bumi ini sehingga
urusan ini selesai .
§ Jiwa lebih kepada kecintaan akhirat
Amal yang bermula dari pangkal umbi memerlukan siraman setiap hari
dengan berbekalkan dorongan serta semangat yang tinggi daam melakukan amaln
dalam ibadah dan menjadikan mardhatilalh sebagai keredhaan Allah sebagai
matlamat agung kecintaan kepada allah dalam semua perbuatan yang dilakukan.Seseorang
itu akan lebih sensitive dan peka kepada agama Islam dan cuba untuk menjauhi
dari penyimpangan iman dan masyarakat sekelilingnya.jadi seseorang itu cuba
untuk berusaha memperbaiki dirinya dari
kelemahan diri dan cuba untuk mengaplikasi semua ajaran mengukut syariatnya
serta iltizam dalam diri untuk mengadaptasikan perlaksanaan syariat .
§ Ketaatan yang mendalam kepada Allah
Aqidah Islamiyah mempunyai pengaruh yang sangat signifikanterhadap
hal-hal tersebut.kerana ia diarahkan oleh aqidah itu sendiri.Sekiranya berlaku
penyimpangan aqidah didalam akhlaq dam muamalah seharian ia berpunca dari
aqidah yang tidakmenyakini keimanan .sebab itulah kita perlu memberi ketaatan
kepada Allah.
§ Amalan yang Istiqamah
Tujuan dilakukan amalan ini adalah untuk mendapatkan mardhotilah
tanpa mengharapkan apa-apa balasan duniawi,tetapi uasaha ini dilakukan tanpa
penat lelah kerana yakin dengan janji- janji allah.Barang siapa yang melakukan
amalan dengan kehenaknya, maka segala kewajipan yang terpikul terasa ringan dan
mudah Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya.
Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah
gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. Justeru, Iman seseorang boleh
bertambah dan boleh berkurang. Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang
disebabkan keingkarannya dalam melaksanankan tanggungjawab kepada Allah.
§ Keyakinan yang mendalam tanpa keraguan
tentang kebesaran Allah dalam syariatnya.
Manusia meletakkan objektif dan matlamatnya harus dicapai walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan demi untuk mencapaIi
hasratnya,sudah tentu ia memerukan pengorbanan yang jitu dari segi tenaga
,masa,dan buah fikiran.serta harta kerana untuk memastikan misi ini Berjaya ia
banyak menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi walaupun terpaksa
berdepan dengan pelbagai rintangan
.
Sabda Rasulullah ada
kebenarannya :
“Jalan menuju ke syurga itu dipenuhi dengan kepayahan dan
kesusahan “
Sudah tentulah syurga yang merupakan matlamat
tertinggi seseorang insan itu akan dililiti dengan seribu satu kepayahan dan
kesusahan. Maka usaha dan pengorbanan mesti dilakukan untuk mencapai syurga
tersebut
6.0 Ciri-ciri Aqidah dalam Tarbiyah
Sememangnya konsep tarbiyah tidak dapat lari dari aqidah kerana dalam
tarbiyyah ada ciri-ciri tabiyah.antara
ciri –ciri tarbiyah adalah :
1. Salimul Aqidah
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.
2. Shahihul Ibadah
Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ’shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.
3. Matinul Khuluq
Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).
4. Qowiyyul Jismi
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).
5. Mutsaqqoful Fikri
Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).
6. Mujahadatun Linafsihi
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).
7. Harishun ‘ala Waqtihi
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:
‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.
8. Munazhzhamun fi Syu’unihi
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.
9. Qodirun ‘alal Kasbi
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.
10. Naafi’un Lighoirihi
Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, .
7.0 Contoh Dakwah Tarbiyah dari Imam
Hassan Al-Banna
Manhaj Imam Hasan Al-Banna mengajar kita bahawa
sebelum seseorang insan memulakan langkah pertama untuk mencapai sesuatu
objektif, ia memerlukan kepada dua asas utama iaitu :
PERTAMA : DIA
MESTILAH BERIMAN (YAKIN) DENGAN OBJEKTIF ITU
KEDUA : DIA MESTILAH
YAKIN DAN MAMPU UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF YANG DIIMANINYA ITU DENGAN IZIN ALLAH
SWT
Manhaj dakwah berdasarkan method dakwah rasulullah adalah :

Memperkenakan Islam kepada menusia

Pembentukan peribadi muslim

Pelaksanaan pengorbanan dalam tugas IsIam
Ketiga-tiga peringkat ini amat diperlukan dalam pembinaan tarbiyah
hakiki secara beransur-ansur dan diikuti dengan beberapa matlamat serta
objektifnya adalah :
1.
Mentarbiyahkan melalui pembunaan dalam kebangkitan ruh keimanan
dalam diri umat.
2.
Ianya merangkumi bebberapa aspek penting seperti tabiyah ruh,jasad
, akal dan perasaan meliputi seluruh aspek kehidupan sejagat.
3.
Ianya cenderung kepada pentarbiyahan dalam diri seseorang seterusny
aBerjaya dalam membentuk sebuah keluarga muslim yang berasakan tarbiyah ini.
4.
Mewujudkan masyarakat yang telah mempunyai asas mendalam dalam segi
pentarbiyahan dalam melaksanakan manhaj Islam dalam realiti kehidupan masyarakat yang harmoni.
5.
Menghidupkan khalifah Islam yang telah lama hilang dan mundur
6.
Memartabatkan kembali kedudukan dan identiti serta penguasaan di
peringkat antarabangsa umat Islam sebaik-baik umat di alam ini.
7.
Melahirkan sebuah pemimpin masyarakat yang berkaliber dan dapat
dicontohi.
Semua objektif itu telah diperakui dan akan dapat diadaptasikan
kepada sebuah kehidupan masyarakat yang mempunyai dasr dan tujuan hidup
berdasarkan arahan-arahan serta larangan dalam syariat Allah serta akan menjauhinya.Secara amnya matlamat ini
mudah difahami bukan sahaja diterjemahkan melalui kata-kata dibibir,ataupun
lakaran-lakaran tulisan dalam buku serta dalam ceramah dan kuliah.
Hassan Al-Banna dalam riwayatnya ada menyebut bahawa amat penting
kita mewujudkan sebuah kehidupan yang bermatlamatkan Islam dijunjung serta
berpegang kepada dasar yang mempunyai
kandungan dakwah yang tersendiri dengan beberapa strategi yang mantap seperti:
o
Menggerakkan semula umat Islam daripada lamunan yang panjang dan
leka
o
Mengejutkan mereka dari lamunan dunia yang mengasyikan agar mereka
faham tujuan kehidupan yang sebenar
o
Memberi sesuatu yang dapat menyentuh hati dan perasaan umat supaya
beriman walaupun dengan apa cara sekalipun.
o
Menghidupkan keazaman umat agar mereka berazam tinggi dalam menjalani kehidupan
Islam.
o
Menggerakkan kesatuan supaya bekerja dengan aman dan amanah.
Semua usaha-usaha di atas memerlukan kepada
kefahaman dan tarbiyah
Dakwah yang dibawa oleh Hassan Al-Banna adalah:
- Menggerakkan semula umat daripada lamunan yang panjang.
- Mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham.
- Menyentuh hati umat supaya mereka beriman.
- Menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam.
- Menggerakkan anggota umat agar mereka berkerja.
Dakwah, sebagaimana kefahaman yang dibawa oleh Imam
Hasan Al-Banna dan diimplementasikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin ialah :
- Amal ‘fikri’ (usaha minda) yang menerangi akal.
- Amal ‘da’wi’ (usaha dakwah) yang mendorong perasaan.
- Amal ‘tarbawi’ (usaha pentarbiyahan) yang melahirkan peribadi Islam yang seimbang.
- Amal ‘ijtima'ie’ (usaha kemasyarakatan) yang menyumbang menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
- Amal ‘iqtisadi’ (usaha ekonomi) untuk membebaskan ekonomi negara daripada cengkaman barat dan riba.
- Amal ‘siyasi’ (usaha politik) untuk menegakkan pemerintahan negara yang melaksanakan hukum Islam.
- Amal ‘jihadi’ (usaha jihad) untuk membebaskan tanah milik umat Islam di serata dunia daripada penjajahan asing melalui manhaj Nabi saw.
Perkara yang kita perkatakan ini perlu kepada
penegasan bahawa Islam ialah :
- Risalah tarbiyah sebelum menjadi risalah tanzim dan tasyri'.
- Risalah nilai dan neraca sebelum menjadi risalah jihad dan perang.
Oleh yang demikian, ia perlu kepada kefahaman bahwa
:
PERTAMA :
Objektif daripada perlaksanaan manhaj Nabi saw
adalah untuk mewujudkan realiti amali yang Islamik, di mana hukum-hukum syariat
dilaksanakan secara ruh dan .
Tidak sepatutnya kita menuntut Islam menyelesaikan
permasalahan yang kita hadapi sebelum kita sendiri mewujudkan satu realiti
persekitaran yang dilaksanakan syariat dan hukum di dalamnya.
Perkara ini tidak boleh diwujudkan dengan paksaan
tetapi dengan :
- Tarbiyah.
- Keyakinan.
- Iman.
KEDUA :
Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut
hendaklah dilakukan melalui perancangan yang berperingkat-peringkat.
Amal tidak sepatutnya berganjak ke satu peringkat
yang lain kecuali setelah objektif peringkat sebelumnya tercapai. Begitu juga
amal dalam peringkat-peringkat ini hendaklah bersifat anjal kerana tabiatnya
yang saling kait mengait antara satu sama lain. Ini kerana pencapaian objektif
mana-mana peringkat akan membantu usaha mencapai objektif di peringkat
seterusnya seperti mana pencapaian semua objektif di semua peringkat akan
menyumbang ke arah pencapaian objektif terbesar.
Oleh itu, kewujudan individu muslim akan membantu
ke arah pembentukan ‘usrah’ (keluarga) muslimah. Kewujudan ‘usrah’
(keluarga) muslimah pula akan membantu pembentukan ‘mujtama'’
(masyarakat) muslim, begitulah seterusnya.
KETIGA :
Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut
hendaklah dilakukan secara ‘jamai’e’ (kolektif) yang mempunyai
pimpinan yang berakar umbi dalam masyarakat dan mengepalai kelompok mukmin.
la bekerja untuk membentuk pendapat umum yang
Islamik, yang akan menggembeling pelbagai tenaga bagi mencapai objektif Islam.
Amal ‘fardi’ (individu) tidak akan
mampu mencapai objektif-objektif tersebut, di samping Islam sendiri agama
jamaah yang mentarbiyah individunya dengan pengertian ini.
Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan Tarbiyah
dan Takwin (Pembentukan) kerana hanya inilah jalan yang paling selamat dan
kukuh untuk menegakkan syariatMu di muka bumi kerana kami memahami bahwa inilah
juga jalan yang telah dirintis oleh Rasulullah saw dan ditegakkan oleh para
sahabat Radhiallahu ‘anhum sehingga syariatMu terlaksana pertama kalinya di
bumi Madinah Al Munawwarah dan seterusnya menyebar ke bumi Islam yang lain.
8.0 PENUTUP
Akhirnya sebagai panduan hidup kita perlu berkenal-kenalan dan
berbaik-baik di kalangan manusia. Allah Taala berfirman sebagaimana maksudnya,"Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersUku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang mempunyai kelebihan dari aspek keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu)" (Al Hujurat:13)
Allah telah menyatakan bahawa pada asalnya ia menciptakan manusia itu daripada lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa). Kemudian Dia mengembang biakkan keturunan manusia sehingga menjadi berbagai-bagai bangsa, puak dan suku kaum. Tujuannya ialah supaya manusia itu berkenal-kenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain. Manakala insan yang paling mulia sekali di sisinya ialah yang paling bertakwa kepadanya. Dan sesungguhnya Dia amat mengetahui dan amat mengenal siapakah yang paling takut kepada-Nya. Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat mengingati dan pesan memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
Maka amat wajarlah sekiranya kita cuba untuk memimpin dan memerintah dunia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud,"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang Kuasa pemerintahan dibumi" (An Nur:55).
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah telah menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah dalam suasana yang aman damai.
Menjalankan syariat Allah Taala di bumi ini. Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan Allah ialah untuk menjalankan syariat Allah di bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangal besar dan masyhur. Ia merupakan inti sari kepada segala matlamat yang lain.
Banyak ayat-ayat Al Quran Al Karim yang menerangkan kepada kita tentang perkara-perkara ini. Antaranya firman Allah Taala yang bermaksud,"Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutiah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" (Al Jaasiyah:18)
Di dalam surah Al Maidah ayat 49, Allah Taala berfirman yang bermaksud,"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..." (Al-Ma'idah:49) - Akhbar Harakah
Di sini kita sedia memahami bahawa matlamat utama tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan perhambaan manusia kepada Allah sepenuhnya. Oleh itu kita perlulah bermotivasi tinggi untuk mendidik dan dididik kerana kitalah sebenarnya mengajak manusia kepada Allah maka kita memerlukan ciri-ciri yang dikehendaki oleh-Nya. Janganlah kita gopoh atau lalai kerana dakwah Islamiyah memerlukan nafas yang panjang. Ia bukan bulan dicapai sehari dua, setahun atau beberapa tahun kemudiannya, tetapi memakan masa yang begitu lama sehinggalah hari kiamat.
Kita juga menyakini bahawa segala sumbangan dan kerja mengislah masyarakat akan di nilai oleh Allah Taala. Inilah bekalan kita untuk kehidupan di negeri akhirat nanti. Firman Allah bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya atas segala apa yang kamu kerjakan" (Surah Al Hasyr: 18)
Allah telah menyatakan bahawa pada asalnya ia menciptakan manusia itu daripada lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa). Kemudian Dia mengembang biakkan keturunan manusia sehingga menjadi berbagai-bagai bangsa, puak dan suku kaum. Tujuannya ialah supaya manusia itu berkenal-kenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain. Manakala insan yang paling mulia sekali di sisinya ialah yang paling bertakwa kepadanya. Dan sesungguhnya Dia amat mengetahui dan amat mengenal siapakah yang paling takut kepada-Nya. Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat mengingati dan pesan memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
Maka amat wajarlah sekiranya kita cuba untuk memimpin dan memerintah dunia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud,"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang Kuasa pemerintahan dibumi" (An Nur:55).
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah telah menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah dalam suasana yang aman damai.
Menjalankan syariat Allah Taala di bumi ini. Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan Allah ialah untuk menjalankan syariat Allah di bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangal besar dan masyhur. Ia merupakan inti sari kepada segala matlamat yang lain.
Banyak ayat-ayat Al Quran Al Karim yang menerangkan kepada kita tentang perkara-perkara ini. Antaranya firman Allah Taala yang bermaksud,"Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutiah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" (Al Jaasiyah:18)
Di dalam surah Al Maidah ayat 49, Allah Taala berfirman yang bermaksud,"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..." (Al-Ma'idah:49) - Akhbar Harakah
Di sini kita sedia memahami bahawa matlamat utama tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan perhambaan manusia kepada Allah sepenuhnya. Oleh itu kita perlulah bermotivasi tinggi untuk mendidik dan dididik kerana kitalah sebenarnya mengajak manusia kepada Allah maka kita memerlukan ciri-ciri yang dikehendaki oleh-Nya. Janganlah kita gopoh atau lalai kerana dakwah Islamiyah memerlukan nafas yang panjang. Ia bukan bulan dicapai sehari dua, setahun atau beberapa tahun kemudiannya, tetapi memakan masa yang begitu lama sehinggalah hari kiamat.
Kita juga menyakini bahawa segala sumbangan dan kerja mengislah masyarakat akan di nilai oleh Allah Taala. Inilah bekalan kita untuk kehidupan di negeri akhirat nanti. Firman Allah bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya atas segala apa yang kamu kerjakan" (Surah Al Hasyr: 18)
BIBLIOGRAFI
2.
aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/
3. lmanhaj.or.id/content/2882/slash/0 –
4.
oasetarbiyah.blogspot.com/.../aqidah-adalah-asas-a
5.
Qardhowi Yusuf,.Dr.al-Dakwah AL-Islamiyah Baina al-Juhud wa al-Tattharruf.Bank
al-Taqwa (Tanpa Kota)
6.
Min ajli Dakah Rasyidah Dar al-Syuruqi .Kaherah ,2001
7.
Aulawyyat al Haraqah al-Islamiyyah fi al Marhalah al-Qhadimah .Muassassah
Risalah :Beirut .1997
Subscribe to:
Posts (Atom)